Friday, May 22, 2015

Tips Semasa Mengalami Kerosakan Alternator atau Sistem Charging Kereta


Anda pernah mengalami situasi kereta berhenti tiba2 semasa jalan? minyak ok , engine check ok ..tapi rupa2nya masalah bateri kehabisan power disebabkan alternator atau masalah wiring yg mengakibatkan bateri tidak dapat cas. Di sini ada tip untuk masalah Alternator. Bedasarkan pengalaman BKM Battery.

1. Pastikan semasa menghidupkan enjin bateri indicator akan padam (Lihat Gambar)


2. Jika tidak padam bermakna sistem charging anda ada masalah sama ada alternator atau wiring charging sistem problem. Tindakan terus bawa ke bengkel pastikan radio, lampu depan & aircond off (Jika perlu) untuk menjimatkan kuasa bateri.

3. Masalah ini boleh berlaku semasa hendak memulakan perjalanan atau dalam perjalanan. Pastikan anda peka untuk melihat warning di meter penel. Jika warning bateri di meter on teruslah ke bengkel berdekatan.

4. Jika tak sedar dan tiba2 kereta berhenti disebabkan masalah alternator. Minta bantuan towing atau dapatkan bantuan bateri sementara untuk membolehkan kereta dihantar ke bengkel berhampiran.

5. Selepas menukar alternator pastikan bateri kereta anda dicas semula terlebih dahulu. Jika terus pakai, alternator tersebut akan bekerja kuat untuk cas bateri, ini boleh mengakibatkan alternator tersebut rosak semula.

Nota: 1. Alternator boleh didapati di kedai sparepart kondisi recond atau baru juga boleh didapati di kedai2 halfcut. Pastikan semasa membeli anda dapatkan waranti.

2. Alternator juga boleh direpair ( Kena pandai cari tempat )



1 comment:

KEDAI BATERI KERETA BKM BUMI ENTERPRISE CALL/WHATSAPP 012 624 5243

      CENTURY | AMARON | VARTA | MOTOLITE   SENARAI HARGA BATERI       Click-->  WhatsApp Sebut Harga Sini                   Click--> ...